Wanita lintas jalan di LPT1 punca kemalangan ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Wanita lintas jalan di LPT1 punca kemalangan ditahan
Tangkap layar video kamera papan pemuka memperlihatkan seorang wanita melintas jalan di di LPT1.

Wanita berusia 35 tahun yang ditahan susulan kejadian kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini dihantar ke hospital bagi pemeriksaan mental.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, wanita berkenaan bersama seorang penumpang jip yang berhenti di bahu jalan ditahan reman sehingga esok.



“Wanita berkenaan dihantar ke hospital bagi pemeriksaan mental dan kita menunggu laporan hospital dalam melengkapkan kertas siasatan.

“Siasatan masih giat dilakukan mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal diitunggangnya merempuh belakang sebuah trak pikap yang memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu menyaksikan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang berada di laluan kanan telah membrek secara tiba-tiba bagi mengelak seorang wanita yang melintas jalan sebelum motosikal jenis Suzuki GSX R1000 merempuh trak pikap berkenaan.



Menurut Mazlan, ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati negatif dadah.

Katanya, siasatan awal terhadap lelaki warga China berusia 37 tahun mendapati individu berkenaan tidak mempunyai pasport.

Tambahnya, siasatan awal juga mendapati kemalangan disebabkan kecuaian pemandu kenderaan jenis Mitsubishi Pajero Sport yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan sebelum bertindak melintas jalan.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading