Haaland intai perpindahan ke Man City

BERLIN: Penyerang Borussia Dormund Erling Haaland dilaporkan terbang ke Monaco untuk bertemu dengan ejennya Mino Raiola bagi membincangkan soal perpindahan ke Manchester City.

Penyerang itu dijangka menyertai skuad kendalian Pep Guardiola pada musim panas ini selepas bersetuju dengan tawaran kontrak bernilai 500,000 pound (RM2.76 juta) seminggu.

Dengan City bersedia membayar pampasan bernilai 64 juta pound (RM352.9 juta) kepada Dortmund, Haaland dipercayai bertemu Raiola yang tinggal di Monaco untuk merealisasikan perpindahan itu.



30 April adalah tarikh akhir untuk mengaktifkan klausa pelepasan pemain berkenaan. Perpindahan Haaland dijangka diumumkan minggu depan.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu dilihat mampu mengatasi pesaing utama – Real Madrid dan Barcelona – dalam mendapatkan khidmat peledak prolifik Bundesliga dan Norway itu.

Haaland menikmati kempen memberangsangkan di Dortmund, meledak 25 gol dalam 27 penampilan musim ini.

Secara keseluruhan dia mengumpul 82 gol dalam 86 penampilan untuk kelab Bundesliga itu, serta melakukan 23 umpanan gol.



Haaland bakal mengikut jejak bapanya Alf-Inge, yang pernah membuat 45 penampilan bersama City dari tahun 2000 hingga 2003.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button