Lelaki acu pistol mainan, paksa OKU angkat tong gas ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki acu pistol mainan, paksa OKU angkat tong gas ditahan
Gambar Hiasan

Tindakan seorang lelaki mengacukan pistol mainan selepas lelaki orang kelainan upaya (OKU) enggan membantu mengangkat tong gas, mengundang padah apabila ditahan polis di Kampung Tasik Permai Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang penghantar barang berhubung kejadian itu Jumaat lalu, kira-kira pukul 3.30 petang.



Jelasnya, mangsa melihat seorang lelaki tempatan hampir terjatuh dengan tong gas dan meminta tolong.

“Mangsa telah membantu suspek sebelum suspek meminta tolong untuk mengambil tong gas tersebut dan meletakkan di atas motosikal miliknya.

“Bagaimanapun, mangsa tidak dapat menolong kerana mempunyai masalah tulang belakang. Lanjutan itu, suspek bertindak agresif dan mengacukan pistol mainan ke arah mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Azam, mangsa dapat merebut pistol mainan tersebut dan berjaya membuangnya.



Katanya, suspek yang berang telah mengambil helmet dan memukul dahi serta merosakkan motosikal mangsa.

“Bertindak atas maklumat, suspek yang juga lelaki tempatan berjaya ditahan sekitar pukul 4.20 petang, semalam.

“Semakan lanjut mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau tidak dikehendaki dan ujian air kencing negatif dadah,” katanya.

Menurut Mohd Azam, motif kejadian adalah disebabkan mangsa seorang OKU yang mempunyai masalah tulang belakang tidak dapat menolong suspek mengangkat tong gas.



Kata beliau, suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 dan 324 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading