“PASLeak” ; semua penama tidak berani lapor polis

 

Sehingga hari ini semua penama yang dalam kandungan dokumen “PASLeak” tidak berani bertindak membuat laporan polis untuk membersihkan nama mereka.



Bukan sahaja nama pemimpin PAS tetapi beberapa nama pemimpin parti politik lain turut tersenarai didalamnya.

 

Antara kandungan Dokumen Sulit ‘PASleak’

Mengapa hanya membuat penafian dan tidak berani membuat laporan polis jika mereka benar-benar tidak terlibat seperti yang didedahkan dalam “PASLeak”?

Presiden PAS, Hj Hadi Awang sendiri hanya mampu membuat penafian dan menyifatkan “PASLeak” sebagai surat layang.



Intergriti pemimpin yang terpalit dengan dokumen terjejas dan mereka sebenarnya perlu lebih tegas membersihkan imej mereka jika enggan sebarang prejudis atau persepsi buruk dilemparkan terhadap diri mereka sendiri.

Paling menghairankan apabila Annuar Musa tampil menjadi ‘hero’ dalam isu “PASLeak”. Beliau dilihat paling lantang bersuara untuk mengalih perhatian umum bercakap mengenai kandungan dokumen tersebut.

Sikap Annuar Musa menimbulkan persoalan, mengapa beliau ‘lebih sudu dari kuah’ jika beliau menyifatkan kandungan “PASLeak” bukan sesuatu yang luarbiasa.



Lebih memeranjatkan, beliau mengambil pendekatan berselisih faham dengan Presiden UMNO dalam hal kandungan dokumen tersebut. 

Zahid membalas kenyataan Annuar dan meminta agar Ahli Parlimen Ketereh itu ‘insaf dan sedar’ bahaya yang menanti UMNO jika terlalu mengikut rentak pihak lawan.

Bak kata pepatah Melayu – “jika tiada angin, masakan pokok bergoyang”.

‘PASLeak’ – Annuar tempelak Isham Jalil atau Zahid?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button