Anak Perempuan Maut Ibu ‘Balas Dendam’ Guna Senapang

Seorang wanita di wilayah Beqaa, Lubnan bertindak menembak seekor anjing sehingga mati menggunakan senapang berikutan haiwan tersebut didakwa menjadi punca kematian anak perempuannya.

Wanita tembak anjing

Memetik laporan Daily Star, anjing tersebut dipercayai menyerang anaknya pada bulan lalu sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat insiden tersebut. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami serta umur mangsa.

Menerusi video tersebut dapat dilihat seorang wanita yang berjalan ke arah haiwan tersebut sebelum bertindak menembaknya. Ibu kepada mangsa yang telah menyahaktifkan akaun Facebooknya menjelaskan dia berbuat demikian berikutan serangan yang dibuat oleh anjing berkenaan kepada anaknya.



Kisah ini turut tular di media sosial dan mendapat respon daripada pelbagai pihak termasuklah Menteri Pertanian, Abbas Al-Hajj Hassan.

Setiap rakyat akan menanggung akibat daripada tindakan mereka. Kami menyeru semua pihak berkuasa untuk bersikap tegas dengan tindakan tidak berperikemanusiaan dan tidak bertamadun yang tidak boleh diterima.

Sumber: Daily Star

ohbulan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button