Usul EGM UMNO 15 Mei bakal gagal

 

UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas-EGM pada 15 Mei depan bagi bagi mengabsahkan usul pindaan perlembagaan.



Pindaan perlembagaan agar pemilihan parti diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihanraya umum (PRU) diadakan.

Bagaimanapun sudah ada desas-desus usul tersebut bakal gagal tercapai berikutan gerakan ‘bawah tanah’ yang mempengaruhi perwakilan untuk menolak pindaan tersebut.

Ada sumber menyatakan ada perwakilan Bahagian UMNO sudah menerima panggilan serta peringatan untuk menolak usul pindaan perlembagaan dari ‘broker’ pemimpin tertentu dalam UMNO.



‘Broker-broker’ ini sedang giat menghubungi perwakilan serta mengatur pertemuan ‘sulit’ bagi mempengaruhi perwakilan. 

Agak sukar menolak andaian akan berlaku pergerakan ‘sampul’ kepada para perwakilan bagi menyokong usaha ‘gerakan bawah tanah’ ini.

Dikatakan senarai nama penggerak gerakan ‘bawah tanah’ sudah diketahui namun masih dirahsiakan bagi ahli menilai sendiri sikap ‘pemimpin’ yang bermuka-muka.

Dengan terdedahnya “PASLeak”, gerakan ‘bawah tanah’ ini hampir terdedah kepada umum namun segera dialihkan perhatian dengan beberapa kenyataan kontroversi oleh individu tertentu.



UMNO sebelum ini telah membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRU15 kelak.

MKT Umno juga telah bersetuju agar MoU dengan pembangkang tidak diteruskan selepas tamat tempoh pada 31 Julai 2022.

Siapakah dibelakang gerakan yang turut dikenali sebagai “UMNO Soleh” ini? Biarlah Perwakilan sendiri membongkarkannya.

UMNO tidak perlu simpan ‘musang berbulu ayam’



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button