Maguire mungkin rehat panjang

LONDON: Harry Maguire mungkin sudah bermain aksi terakhirnya musim ini selepas mengalami kecederaan lutut.

Kapten Manchester United itu diletakkan di bangku simpanan ketika tewas di tangan Arsenal.

Kini didedahkan bahawa masalah lutut akan menyebabkan dia diketepikan daripada skuad bagi kunjungan ke Chelsea dan dijangka tidak akan bermain dalam semua baki empat perlawanan musim ini.



Maguire dan keluarganya kini menetap bersama rakan sepasukan selepas ancaman bom di rumahnya minggu lalu.

Pertahanan tengah United itu bermain dalam kesakitan beberapa kali musim ini.

Dia adalah seorang daripada pemain yang tidak akan beraksi menentang Chelsea awal pagi esok selain Jadon Sancho.

Luke Shaw, Paul Pogba, Edinson Cavani dan Fred masih tidak boleh bermain manakala Aaron Wan-Bissaka berdepan masalah kecergasan.



Walaupun mengalami krisis kecederaan, bos sementara, Ralf Rangnick masih bimbang untuk menggunakan terlalu ramai pemain muda dalam skuad itu.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button