Rangers bangkit singkir Leipzig

GLASGOW: Kapten Rangers James Tavernier menganggap kejayaan membawa gergasi Glasgow itu ke final Liga Europa sebagai impian menjadi kenyataan selepas kemenangan 3-1 ke atas RB Leipzig dan 3-2 secara agregat.

Tavernier muncul penjaring terbanyak kejohanan selepas membuka jaringan untuk Rangers dan Glen Kamara mengatasi defisit dengan gol kedua tuan rumah dalam tempoh 24 minit.

Pemain tengah Finland itu menghadiahkan gol berkenaan kepada kitman kelab Jimmy Bell yang meninggal dunia Selasa lalu.

Christopher Nkunku merapatkan jurang untuk Leipzig di babak kedua, tetapi John Lundstram memastikan kemenangan Rangers sembilan minit sebelum tamat permainan.



Skuad kendalian Giovanni van Bronckhorst akan berdepan Eintracht Frankfurt pada final di Sevilla 18 Mei ini – penampilan final Eropah kedua mereka dalam tempoh 50 tahun.

“Kami mahu melakukannya untuk Jimmy. Saya amat berbangga di atas usaha pemain-pemain, kakitangan dan peminat hari ini.

“Ia perasaan yang sukar digambarkan, final Eropah. Ia sesuatu yang anda impikan. Kami akan turun dengan penuh keyakinan.

“Frankfurt mara ke final juga bersebab, tetapi ia hanya satu perlawanan dan kami akan berusaha untuk memenanginya,” kata Tavernier.



Rangers tewas kepada Zenit St Petersburg pada final Piala UEFA 2008, tetapi terpaksa bermula dari liga divisyen empat Scotland berikutan masalah kewangan pada tahun 2012.

Musim lalu mereka menamatkan penguasaan sembilan gelaran liga berturut-turut Celtic dan akan kembali ke Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali sejak tahun 2010 sekiranya menang ke atas Frankfurt di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan 18 Mei ini.

Leipzig hanya tewas sekali dalam 19 perlawanan antara Januari hingga April, tetapi kini tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir mereka dan peluang ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan kini samar-samar.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker