Eintracht hampiri final Liga Europa

BARCELONA, SPAIN – APRIL 14: Team players of Eintracht Frankfurt celebrates the victory with their Supporters of Eintracht Frankfurt during the UEFA Europa League match between FC Barcelona v Eintracht Frankfurt at the Camp Nou on April 14, 2022 in Barcelona Spain (Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

LONDON: Pemain sayap Eintracht Frankfurt, Ansgar Knauff membuka jaringan pada minit pertama ketika mereka menewaskan West Ham United 2-1 pada separuh akhir pertama Liga Europa dengan kedua-dua pasukan mencari final di pentas Eropah dalam tempoh lebih 40 tahun.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir aksi Eropah menyaksikan West Ham menang untuk mara ke final Piala Juara-Juara 1976.

Pelawat mengejutkan skuad kendalian David Moyes selepas 49 saat babak pertama apabila Rafael Borre membuat hantaran lintang kepada Knauff dan pemain berusia 20 tahun itu menanduk ke gawang di depan 60,000 peminat di Stadium London.

Selepas mengetepikan Barcelona pada suku akhir, pemain Eintracht tidak mahu melepaskan peluang diberikan pada aksi empat terakhir itu.



“Saya tidak tahu sama ada saya melakukan sesuatu yang istimewa. Tapi ketika menentang Barcelona, kami memberi mereka tekanan sejak permulaan,” kata Knauff.

Pasukan Liga Perdana itu bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-21 selepas hantaran Kurt Zouma menemui Michail Antonio, yang menjadikan kedudukan 1-1 dari jarak dekat.

“Hari ini bukanlah persembahan terbaik kami,” kata Antonio.

“Ia bukan seperti kami mahu memulakan perlawanan. Kami mengawal permainan dan mencipta peluang tetapi tidak diambil. Masih ada peluang. Ia belum berakhir. Kami mahu menang.”



Eintracht kembali di depan pada minit ke-54.

Penjaga gol West Ham, Alphonse Areola menepis cubaan pemain tengah, Djibril Sow tetapi gagal menghalang sepakan susulan Daichi Kamada.

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button