Bergurau Nak Jadi Mayat, Tertimbus Tanah Dalam Liang

Gurauan hampir menjadi kenyataan, apabila seorang lelaki yang bergurau seakan-akan menjadi mayat kemudiannya telah tertimbus tanah di dalam sebuah liang lahad di Jakarta, Indonesia.

Petikan Kosmo memaklumkan, terdapat sebuah klip video yang menjadi tular di media sosial negara berkenaan. Klip itu memaparkan seorang lelaki yang berpura-pura menjadi mayat di dalam sebuah kubur, lalu tertimbus tanah seperti dilaporkan laman berita Suara.com semalam.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam, berseluar biru dan bertopi sedang berada di dalam sebuah kubur yang baru sahaja digali. Video itu telah dimuat naik oleh akaun Instagram @ngakaksehat.



Kemudiannya, lelaki itu berbaring di sisi kanan kubur seolah-olah dia telah meninggal dunia dan sedang ditanam.

Pada mulanya, dia tersenyum kepada perakam yang merakamkan dirinya. Tidak lama kemudian, setelah selesa berada di posisi yang dimahukan, tanah kubur di sebelah kanannya runtuh lalu menimbusnya hidup-hidup.

Lelaki itu bertuah kerana tanah yang menimbusnya tidak terlalu banyak. Dia masih mampu keluar dari timbunan itu.

Malah, video itu mendapat perhatian dan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.



“Maksudnya sudah diizinkan meninggal dunia,’’ tulis seorang netizen.

“Gurauan terakhir sebelum akhirnya dijemput malaikat,’’ komen netizen lain.

Kosmo

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button