Lelaki berpaut belakang lori tangki dipercayai ada masalah mental

Temerloh: Lelaki yang berpaut pada belakang lori tangki sedang bergerak sejauh tiga kilometer sebelum terjatuh di Kilometer (KM) 160, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, dekat sini, semalam, dipercayai mengalami masalah mental.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang juga penganggur berusia 39 tahun cedera di bahagian atas mata kiri, tangan kiri serta kaki kanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, siasatan mendapati mangsa memanjat bahagian belakang lori tangki di sebuah stesen minyak di Bandar Lanchang.

Menurutnya, pemandu lori terbabit tidak menyedari mangsa memanjat kenderaan itu sebelum terus beredar dari stesen minyak terbabit.

Bagaimanapun, mangsa bertindak terjun dari lori tangki berkenaan yang ketika bergerak di Kampung Dala di Lanchang.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button