Mahathir terus membisu isu Zeti, Tawfiq dan Nazlan
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sehingga hari ini masih membisu mengenai isu membabitkan Zeti, Tawfiq Ayman dan Mohd Nazlan.
Tidak seperti lazimnya yang selalu akan mengulas isu nasional, sikap ‘double standard’ Mahathir sangat jelas.
Mengapa beliau enggan mengulas isu tersebut? Sebaliknya Mahathir hanya menampakkan dirinya seolah ‘bersih’ dari segala konspirasi yang semakin terbongkar.
Pendedahan Raja Petra berkaitan Nazlan yang menerima sejumlah wang dari 11 transaksi disiasat SPRM, pendedahan oleh Tim Liessner mengenai Tawfiq, pembongkaran Tommy Thomas mengenai Zeti masih belum diulas Mahathir.
Semua ini menimbulkan keraguan kerana Mahathir seperti kebiasaannya tidak mahu terlepas ‘spot light’ tetapi tidak kali ini.
Beliau terus membiarkan isu-isu tersebut berlalu tanpa sebarang komentar. Adakah Mahathir sememangnya tahu perkara tersebut serta kaitannya?
Contohnya, penubuhan SRC yang diketahui oleh Nazlan serta bank yang mengesyorkan penubuhannya.
Apakah perkara tersebut tidak berada dalam pengetahuan Mahathir? Amat mustahil jika beliau menafikannya kerana apa sahaja yang “melintas” dalam Malaysia semestinya diketahui Mahathir.
Tidak percaya? Baca sahaja komen beliau mengenai Najib Razak serta dakwaan yang dilemparkan Mahathir. Apa yang tidak pernah diulas Mahathir apabila bercakap mengenai Najib?
Jika siasatan SPRM mendapati wujud unsur jenayah yang disiasat, apakah Mahathir akan mempertahankan kesalahan tersebut?
SRC ditubuhkan dengan pengetahuan Nazlan