SRC ditubuhkan dengan pengetahuan Nazlan

Strategic Resources Company-SRC ditubuhkan dengan nasihat Maybank Investment Bank dan Mohd Nazlan Mohd Ghazali (LS0008977) ketika itu merupakan “General Counsel & Company Secretary) Maybank.

Maka tiada alasan Nazlan menafikan bahawa beliau mengetahui kewujudan SRC dan keperluan penubuhannya.



Bagaimanapun Nazlan dalam penghakiman beliau pada 1 Ogos 2020, telah menyatakan Najib mempunyai kepentingan peribadi dengan penubuhan SRC.

 



Baca – PENGHAKIMAN NAZLAN KES SRC

SRC pada ketika itu diterajui oleh Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan dibantu urus oleh Maybank. SRC membayar Maybank sebanyak RM800,000.00 melalui 1MDB untuk ‘menguruskan’ syarikat tersebut.

Menariknya Nazlan juga didakwa RAJA PETRA KAMARUDIN mengetahui pemindahan wang sebanyak RM42 juta dari 1MDB ke SRC. 



Keliru? Sudah pasti perkara ini mengelirukan dan semua konspirasi ini berjalan lancar sehinggalah didedahkan Raja Petra melalui MALAYSIA TODAY

Dalam hujah rayuan Najib Razak yang dikemukakan di Mahkamah Persekutuan terdapat khilaf yang dilakukan oleh Hakim Mahkamah Rayuan.

Rakyat boleh menilai sendiri hujah rayuan yang dikemukakan Najib Razak menerusi Tetuan Shafee & Co.



Nazlan juga perlu menjawap kepada SPRM dari mana datangnya transaksi wang berjumlah lebih 1juta Ringgit Malaysia ke akaunnya. 

Selain itu, Nazlan yang semakin tercalar kredibilitinya juga perlu menjelaskan peranan beliau ketika penubuhan SRC dan apa motif beliau menghubungi seorang individu bernama Micheal pada 7 Februari 2015 menerusi emel.



Terlalu banyak persoalan yang perlu diperjelaskan Nazlan. Adakah beliau sebenarnya mengetahui sebarang konsipirasi SRC dan 1MDB tetapi hanya di’kuda’kan untuk mengenakan Najib Razak?

Tribunal Khas perlu diwujudkan untuk bersihkan Hakim

 

 



 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading