Debat Najib – Anwar, siapa retorik dan siapa berfakta

 

Debat antara Dato Sri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan ramai malam ini termasuk semua parti politik. Debat ini juga dijangkakan akan menjadi medan antara retorik dan fakta oleh kedua-dua personaliti politik.



Dua figura politik yang berada dalam kelas tersendiri ini akan mempertaruhkan kredibiliti pembentangan hujah-hujah logik.

Keuda-dua mereka pernah menjadi Menteri Kewangan pada zaman masing-masing. Cuma, Anwar tidak bernasib baik apabila dipecat Mahathir walau tinggal selangkah lagi untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Dalam pada itu, Anwar semalam meminta agar netizen mengajukan kepadanya soalan yang akan beliau tanyakan kepada Najib.



Najib pula kelihatan cukup bersedia menerusi perkongsian dalam facebook beliau. 

Segalanya bermula apabila Rafizi Ramli, calon Timbalan Presiden PKR mempersoalkan mengenai Sapura Energy menerusi media sosial.

Najib yang memberi jawapan berfakta pula disanggah Rafizi yang sedang melobi jawatan dalam PKR.

Kemuncak perselisihan fakta antara Najib dan Rafizi membawa kepada cadangan berdebat, lantas Najib mempelawa Rafizi membawa sama Anwar Ibrahim bagi menyokong hujahnya.



‘Permainan licik’ Rafizi mengena apabila Anwar bersedia berdebat dengan Najib walau asalnya beliau tidak bersama dalam ‘pertelingkahan’ Najib-Rafizi.

Apapun, malam ini semua mata pasti tertumpu kepada debat dan pemerhati politik akan menilaikan kemampuan, kekuatan serta fakta yang akan dibentangkan Najib dan Anwar.

“Game On” – Najib setuju debat



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button