Muhyiddin Yassin bertanding di P146 Muar?

Tidak pertahan Pagoh kerana khuatir kalah

Oleh – Editor


Muhyiddin Yassin bertanding di P146 Muar?

Penyandang kerusi P143 Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan bertanding di P146 Muar pada PRU15 bagi memberi laluan kepada calon lain.



Cerita politik Johor sudah heboh memperkatakan mengenai bekas Perdana Menteri Ke-8 itu akan berpindah kawasan.

Bagaimanapun, difahamkan samada benar atau tidak Muhyiddin akan ke Muar belum dapat dipastikan dengan sahih.

Muhyiddin bertanding kerusi Pagoh sejak 1978, 1982, 1995, 1999, 2004, 2008 dan 2013 menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau kemudian mewakili Parti Keadilan Rakyat pada 2018.



Pada PRU14, Muhyiddin menang kerusi Pagoh dengan majoriti 6,927 turun 5,915 dari PRU13 semasa mewakili BN. Penurunan ini dipercayai ada hubungkait dengan tindakan beliau yang memilih Pakatan Harapan sebagai platform politik baru.

Muhyiddin Yassin bertanding di P146 Muar?

 

Di Muar pula, Syed Saddiq menang dengan majoriti 6,953 menewaskan calon BN, Razali Ibrahim dalam PRU14. Pengundi berdaftar Muar pada 2018 ialah seramai 50,843 orang berbanding pada 2022 seramai 68,717, peningkatan sebanyak 17,874 pengundi.



Ini sudah pasti menarik perhatian Muhyiddin sekiranya beliau bertanding di Muar. Jurang pengundi yang besar akan memberi kelebihan kepada Muhyiddin untuk mencari seberapa banyak majoriti jika BN meletakkan calon ‘kitar semula’ di Muar.

Cabaran untuk BN di Muar pula, parti itu perlu menampilkan muka baru bagi memberi keyakinan kepada pengundi Muar untuk memilih wakil rakyat yang baru. 

Muhyiddin Yassin bertanding di P146 Muar?

Walaupun MUDA akan meletakkan calon mereka, yang berpotensi untuk berentap di Muar hanyalah BN dan PN. MUDA yang dijangkakan akan menampilkan Puan ‘S’ tidak mampu memberi saingan kepada BN ataupun PN.



Percaturan politik Muhyiddin untuk beralih kawasan mudah difahami. Beliau perlu tampil di tempat baru bersama visi baru memandangkan majoriti pada PRU14 tidak begitu memberangsangkan.

Muhyiddin Yassin bertanding di P146 Muar?
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dikhuatiri sekiranya Muhyiddin terus mempertahankan Pagoh, beliau akan kalah besar kerana faktor PRN Johor masih menguasai atmosfera politik Johor.

Adakah ini akan menjadi realiti? Hanya Muhyiddin sahaja mempunyai jawapan. 

Saddiq tinggalkan Muar, lari ke Iskandar Puteri?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button