Hipokrasi Manusia Bernama Muhyiddin

Hipokrasi Manusia Bernama Muhyiddin

Hipokrasi Manusia Bernama Muhyiddin

6 April yang lepas, mantan Perdana Menteri ke 8, Muhyiddin Md Yasin, mengecam kenyataan yang dibuat oleh perdana menteri, Anwar Ibrahim di parlimen.

Pada 4 April, Anwar Ibrahim memberi penjelasan di parlimen mengenai tuntutan bertindih beberapa negara di Laut China Selatan.



Isu ini timbul apabila China melahirkan kebimbangan dengan aktiviti carigali oleh Petronas di kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih tersebut.

Menurut Anwar, sekiranya China merasakan kawasan itu adalah juga hak mereka, maka rundingan secara diplomatik boleh dilakukan.

Namun begitu, Anwar bertegas, projek carigali minyak yang sedang dijalankan oleh Petronas tetap akan diteruskan dan tidak akan dihentikan.

Kerana kita yakin kawasan tersebut berada dalam kawasan perairan Malaysia.



Isu kedua pula adalah mengenai kehadiran kapal luar di Laut China Selatan.

Anwar menjelaskan di parlimen bahawa ianya berlaku di perairan antarabangsa.

Namun begitu Kementerian Luar Negeri akan sentiasa memantau keadaa tersebut.

Muhyiddin menyifatkan kenyataan Anwar sebagai cuai dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang perdana menteri.



Baca di sini:

https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/pfbid0FQokV4CfANsKfrLhVDrxH7cFShWioJUZn6YHmAjHo1yfQjq52em99RXsa2r4DvHXl

Isu Tuntutan Bertindih Laut China Selatan

Muhyiddin lupa, pada tahun 2012, selepas beliau membuat lawatan kerja ke China atas kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau pernah berkata:

“Soal itu (tuntutan bertindih) tidak harus menghalang hubungan dua hala antara Malaysia-China seperti dalam bidang ekonomi yang telah lama terjalin”.



“Malaysia mengambil pendirian bahawa tuntutan bertindih itu harus diselesaikan secara aman melalui dialog, rundingan antara negara yang terlibat atas dasar multilateral”.

“Hubungan pelbagai hala dan tidak menggunakan kuasa ketenteraan, ugutan, berdasarkan undang-undang antarabangsa dan tidak berdasarkan sejarah”.

“Kita memandang ke depan untuk gunakan perundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) serantau seberapa segera yang boleh”.

“Sementara itu hubungan itu harus disegerakan dan isu ini tidak harus jadi penghalang hubungan China dan negara lain”.



Baca di sini:

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/09/21/hubungan-dua-hala-malaysiachina-ditingkatkan-isu-tuntutan-bukan-halangan

Jelas di sini, ketika itu Muhyiddin bersetuju supaya isu tuntutan bertindih itu diselesaikan di meja rundingan.

Tetapi kini, Muhyiddin mengecam pula Anwar apabila perdana menteri mahu menggunakan pendekatan yang sama!!!



Isu Kehadiran Kapal Asing Di Laut China Selatan

Anwar menjelaskan bahawa perkara ini sebenarnya tidak sepatut dijadikan isu.

Kerana kehadiran kapal asing itu adalah di kawasan perairan antarabangsa dan bukannya pencerobohan kapal asing ke atas perairan Malaysia.

Anwar sudah pun memberikan jaminan pihak Kementerian Luar Negeri akan sentiasa memantau keadaan itu.

Tetapi Muhyiddin menuduh Anwar tidak tegas dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Bagi penulis, perkara ini bukanlah isu kerana:

  1. Kehadiran dikesan di perairan antarabangsa dan bukannya pencerobohan ke atas perairan Malaysia
  2. Pihak kerajaan sememangnya maklum mengenai perkara itu
  3. Pihak Kementerian Luar Negeri sudah menyatakan komitmen untuk memantau keadaan itu dari masa ke masa

Cuba kita lihat apa yang berlaku di era Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Menteri Luar Negeri ketika itu, Hishamuddin Hussien, berkata tidak ada kapal dari China yang dikesan mencerobohi kawasan perairan negara.

Kenyhataan dibuat oleh Hishamuddin pada 16 Julai 2020.

Tetapi kenyataan itu disanggah oleh bekas Menteri Luar Negeri di era Barisan Nasional, Anifah Aman.

Baca di sini:

https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysian-minister-says-no-chinese-coast-guard-or-navy-vessel-intrusions-in-last-100

Tetapi selepas Hishamuddin bertukat kementerian apabila berlakunya pertukaran perdana menteri, Hishamuddin membuat kenyataan yang berbeza di parlimen.

Hishamuddin mengakui terdapat 23 pencerobohan armada dari negara China ke atas perairan Malaysia.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/616302

Persoalannya, apakah sebagai perdana menteri Muhyiddin tidak tahu atau sengaja mengizinkan pencerobohan tersebut.

23 pencerobohan dalam masa satu tahu atau hampir 2 kali setiap bulan bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai kes terpencil.

Sudah pasti pihak berkuasa seperti TLDM ada memaklumkan kepada Hishamuddin dan Mhuyiddin.

Mengapa ketika itu Hishamuddin atau pun Muhyiddin tidak bertindak tegas?

Muhyiddin Sengaja Mempolitikkan Isu Yang Sebenarnya Bukan Isu

Sebenarnya tidak ada sebarang isu bagi kedua-dua sanggahan Muhyiddin ke atas kenyataan Anwar di parlimen.

Ianya sengaja dijadikan isu politik sebagai usaha untuk memainkan watak hero di mata rakyat.

Jangan lupa dan rakyat tidak akan lupa, kedaulatan Malaysia tercalar ketika kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Dan ketika itu, Muhyiddin si hero Malaya inilah yang menjadi Menteri Dalam Negeri yang ‘merestui’ pembatalan rayuan Malaysia melalui Jabatan Peguam Negara.

 

Hipokrasi Manusia Bernama Muhyiddin

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button