Ketua Hakim Negara WAJIB Letak Jawatan

Ketua Hakim Negara WAJIB Letak Jawatan

Tekanan dan desakan supaya Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, meletak jawatan semakin kuat.

Terkini, channel Politik Malaysia memberikan 7 sebab yang penulis anggap sebagai sangat munasabah untuk Tengku Maimun meletak jawatan.



Namun bagi penulis, terdapat 6 sebab yang cukup kukuh untuk mendesak Tengku Maimun meletak jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

Ianya untuk memulih dan memelihara integriti dan kredibiliti badan kehakiman yang kebelakangan ini semakin dipersoalkan bukan sahaja oleh rakyat, malah seluruh dunia.

6 sebab yang dimaksudkan adalah:

  1. Pelantikan Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara tidak mengikut perlembagaan (hakim sepatutnya dicadangkan oleh JAC, bukan pihak ketiga)
  2. Pelantikan Hakim Nazlan sebagai hakim perbicaraan kes SRC menimbulkan persoalan dari sudut integriti beliau
  3. Terdapat pelanggaran prosedur yang serius dalam peperbicaraan dan penghakiman kes SRC yang melibatkan DS Najib
  4. Sikap berat sebelah Tengku Maimun telah menyebabkan DS Najib tidak mendapat keadilan dan ini diakui oleh Hakim Rahman Sebli dalam penghakiman beliau
  5. Skandal Hakim Nazlan telah memalukan negara dan menyebabkan integriti Institusi Kehakiman negara terjejas teruk
  6. Tidak mengambil tindakan, malah dilihat melindungi Hakim Nazlan dari tindakan tatatertib seperti yang disyorkan oleh SPRM

Demi untuk menjaga integriti Institusi Kehakiman negara, sekiranya Tengku Maimun masih enggan meletak jawatan, Kerajaan Perpaduan perlu campurtangan.



Kebebasan badan kehakiman tidak boleh dijadikan alasan untuk kerajaan melindungi kerosakan yang sedang berlaku dalam Institusi Kehakiman negara.

Ibarat seorang anggota polis, adalah menjadi kewajiban untuk menangkap penjenayah yang sudah dikenal pasti melakukan jenayah.

Tidak mahu mencampuri urusan orang lain atau menghormati ‘human right’ tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan penjenayah bebas melakukan jenayah.

Pulihkan segera integriti Institusi Kehakiman negara.



 

Ketua Hakim Negara WAJIB Letak Jawatan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading