Moga Lembaga Pengampunan Akan Bebaskan DS Najib Pada 28 April Ini

Moga Lembaga Pengampunan Akan Bebaskan DS Najib Pada 28 April Ini

Menurut ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Dato’ Lokman Noor Adam, Lembaga Pengampunan yang akan dipengerusikan oleh YDP Agong akan bersidang pada 28 April 2023.

Sebelum ini Lembaga Pengampunan dijadualkan bersidang pada bulan Jun 2023 bersempena dengan Hari Keputeraan SPB YDP Agong.



Untuk rekod, YDP Agong mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan ke atas semua sabitan kesalahan mahkamah yang berada dalam dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Perkara ini tercatat di dalam Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara42-Ma.Html



Lembaga Pengampunan akan dianggotai oleh YDP Agong sebagai pengerusi, Perdana Menteri, Peguam Negara dan Menteri Wilayah Persekutuan.

Memandangkan Kementerian Wilayah Persekutuan kini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, maka perdana menteri akan melantik seorang proksi.

Selain dari 3 anggota wajib, YDP Agong juga akan melantik 3 individu lain yang baginda fikirkan layak untuk menganggotai Lembaga Pengampunan.

Bagi negeri-negeri yang berada di luar Wilayah Persekutuan, maka kuasa pengampunan terletak kepada Raja negeri berkenaan.



Dalam artikata lain, Raja Raja Melayu tidak akan terlibat secara langsung dalam proses pengampunan pada 28 April ini.

Lokman juga menambah, usaha sedang dilakukan untuk memastikan nama DS Najib turut disenaraikan dalam proses pengampunan kali ini.

Kepimpinan UMNO Berdiri Teguh Bersama DS Najib Dalam Mencari Keadilan

Dalam perkembangan yang lain, penulis juga difahamkan, kesemua 191 Ketua Bahagian UMNO telah memohon untuk menghadap SPB YDP Agong.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2023/04/06/191-ketua-umno-bahagian-memohon-menghadap-ydp-agong-untuk-merayu-pengampunan-ds-najib/

Tujuan mereka memohon menghadap adalah untuk menyerahkan petisyen rayuan Pengampunan Di Raja kepada YDP Agong.

Walau pun sekiranya DS Najib mendapat Pengampunan Di Raja, namun RCI terhadap Tommy Thomas mesti disegerakan.

Hanya dengan dapatan RCI terhadap Tommy Thomas sahaja yang akan boleh membuktikan bahawa DS Najib selama ini dizalimi dengan konspirasi politik peringkat tertinggi.



Ianya amat penting supaya Institusi YDP Agong tidak menjadi sindiran pihak tertentu kerana kononnya memberi pengampunan kepada penjenayah tanpa sebab.

Semuga Lembaga Pengampunan akan bebaskan DS Najib pada 28 April ini, sementara beliau mendapatkan keadilan sebenar menerusi perlembagaan.

 

Moga Lembaga Pengampunan Akan Bebaskan DS Najib Pada 28 April Ini

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading