191 Ketua UMNO Bahagian Memohon Menghadap YDP Agong Untuk Merayu Pengampunan DS Najib

191 Ketua UMNO Bahagian Memohon Menghadap YDP Agong Untuk Merayu Pengampunan DS Najib

191 Ketua UMNO Bahagian Memohon Menghadap YDP Agong Untuk Merayu Pengampunan DS Najib

Penulis dimaklumkan oleh sumber dalaman UMNO, kesemua 191 Ketua Bahagian UMNO telah bersetuju untuk merayu kepada YDP Agong agar memberi pengampunan kepada DS Najib.

Ianya dikatakan telah dimaklumkan oleh Presiden UMNO, DS Zahid selepas Majlis Iftar di Masjid Al Aqla Pekan Jitra, Kedah.



Kesemua mereka juga dilaporkan sedang memohon untuk menghadap YDP Agong untuk menyampaikan sendiri petisyen rayuan tersebut.

Mereka dikatakan sedang menunggu persetujuan dari Istana Negara untuk majlis menghadap tersebut.

Sekiranya tidak semua mereka dapat menghadap, mereka berharap sekurang-kurangnya wakil mereka dibenarkan menghadap YDP Agong.

Sebelum ini, kepimpinan UMNO mendapat tekanan dari akar umbi kerana mereka dilihat berdiam diri dalam membela nasib DS Najib.



Dengan gerakan yang dilakukan oleh 191 Ketua Bahagian UMNO itu, ternyata segala kritikan terhadap kepimpinan UMNO adalah tersasar.

Diharapkan selepas ini akar umbi UMNO akan lebih tenang dan memberikan ruang dan peluang kepada kepimpinan UMNO untuk bertindak

Walau pun sekiranya DS Najib dibebaskan dengan Pengampunan Di Raja, demi untuk keadilan kepada DS Najib, rakyat menuntut agar RCI ke atas Tommy Thomas dapat disegerakan.

Rakyat percaya hanya dengan RCI ke atas Tommy Thomas, segala kepincangan Institusi Kehakiman akan dapat dibongkar hingga ke akar umbi.



Ini juga akan dapat membuktikan bahawa selama ini DS Najib dianiaya dengan konspirasi politik musuh politik beliau.

 

191 Ketua UMNO Bahagian Memohon Menghadap YDP Agong Untuk Merayu Pengampunan DS Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading