‘Pejuang’ KWSP Yang Berjalan Kaki Di Taja PN?

'Pejuang' KWSP Yang Berjalan Kaki Di Taja PN?

‘Pejuang’ KWSP Yang Berjalan Kaki Di Taja PN?

Ketika menjadi perdana menteri, Muhyiddin Yasin dilihat sangat tidak bersetuju dengan permintaan rakyat untuk mengeluarkan simpanan KWSP.

Muhyiddin berkata, sekiranya kerajaan membenarkan pengeluaran tersebut, rakyat akan menghadapi masalah yang lebih besar di masa hadapan.



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/747961/kerajaan-sukar-benarkan-pengeluaran-akaun-1-kwsp-pm

Tetapi kini apabila menjadi pembangkang dan akan menghadapi pilihanraya di 6 buah negeri, Perikatan Nasional (PN) di lihat menggunakan sebaik mungkin isu pengeluaran KWSP.

29 Mac lalu, Norazlan Ismail, pemandu teksi dari Johor Baru tiba-tiba mendapat perhatian seluruh negara.



Beliau ‘nekad berjalan kaki’ dari Johor Baru menuju ke Istana Negara untuk menghadap SPB YDP Agong.

Beliau tiba di perkarangan Istana Negara setelah 5 hari ‘berjalan’ dengan jarak 312km.

Paling menarik, ketibaan beliau di pintu 3 Istana Negara telah ‘disambut’ oleh mantan Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan…😜😜😜

Menurut Wan Saiful, semuanya itu adalah secara kebetulan dan memang tidak dirancang, penulis ‘percaya’.



Takkanlah selepas berkerjasama dengan parti Melayu Isley, Wan Saiful hendak menipu.

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia nie…

Wan Saiful berkata dia telah memohon janji temu dengan Istana Negara sejak pertengahan Mac lalu.

Selepas mendapat tarikh, Norazlan secara ‘kebetulan’ mula berjalan ke Istana Negara pada 28 Mac lalu.



Wan Saiful juga berkata, beliau akan membawa Norazlan ke parlimen untuk ‘sesi ramah mesra’ dengan ahli parlimen.

Lagi satu kebetulan, ahli parlimen PPBM, Wan Ahmad Fahysal juga ada membuat usul mengenai pengeluaran KWSP di parlimen.

Paling ‘kebetulan’ adalah apabila Wan Saiful meletakkan nama Norazlan untuk menghadap YDP Agong dalam permohonan yang dihantar pada pertengahan Mac lalu.

Baca di sini:



https://www.malaysiakini.com/news/660970

Dalam artikata lain, ‘kebetulan yang paling win’ adalah Wan Saiful tahu Norazlan akan berjalan kaki sebelum Norazlan melakukannya…😂😂😂

Penulis percaya kerana bagi penulis apa sahaja yang dikatakan oleh PN, penulis akan ‘samikna wa atoqna’…👳👳👳

 



‘Pejuang’ KWSP Yang Berjalan Kaki Di Taja PN?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button