Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Makin Memuncak

Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Makin Memuncak

Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Makin Memuncak

Jika hanya dibaca dari tajuk, mungkin ada pihak yang akan berkata tulisan ini hanyalah propaganda dari penulis yang pro DS Najib.

Tetapi kepada pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang memegang kuasa sekarang, cuba kita renungkan fakta.



Barisan Nasional tumbang dalan PRU 14 kerana serangan dan fitnah yang bertubi-tubi dilemparkan kepada Kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib.

Tetapi apabila Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 mengambil alih kuasa, satu persatu kebenaran mula menyedarkan rakyat.

Majoriti rakyat yang juga merupakan pengundi atas pagar mengikuti perjalanan perbicaraan kes SRC yang melibatkan DS Najib.

Bermula dari pemilihan hakim sehingga DS Najib dihantar ke penjara, pelbagai kepincangan dapat dilihat dengan jelas.



Perasaan rakyat yang dahulunya marah dengan DS Najib, telah bertukar menjadi simpati apabila rakyat yakin beliau telah dianiaya.

Rakyat yakin hak perbicaraan yang adil telah dinafikan ke atas DS Najib.

Kerajaan Perpaduan Makin Di Ragui

Selepas PRU 15 pula, rakyat tidak memberikan kemenangan mutlak kepada mana-mana parti politik.

Lalu terbentuklah kerajaan campuran yang melibatkan Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan pelbagai parti lain.



Kerjasama dari pelbagai parti yang diterajui oleh Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan memulakan langkah dengan baik apabila perdana menteri mengumumkan akan melakukan reformasi institusi secara tuntas.

Rakyat menyambutnya dengan baik, kerana rakyat tahu telah berlaku pelbagai kerosakan sistem di institusi penting kerajaan.

Pelbagai kes yang akan dapat membantu DS Najib di mahkamah telah disejukbekukan di pejabat Peguam Negara tidak dapat disorokkan dari rakyat.



Kes Zeti dan keluarga beliau, kes hakim Nazlan, kes buku Tommy Thomas dan pelbagai kes yang lain telah disejukbekukan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Kerajaan Perpaduan mula diragui rakyat dan mula menganggap pengumuman perdana menteri untuk mereformasikan institusi asas negara hanyalah retorik politik.

Kini apabila YA Rahman Sebli mengakui bahawa DS Najib telah dinafikan hak beliau dalam perbicaraan, rakyat menjadi semakin marah.

Rakyat mula bertanya, apa bezanya Kerajaan Perpaduan dengan 3 kerajaan sebelum PRU 15?



Apakah kerajaan sekarang juga merestui penafian hak untuk mendapatkan keadilan ke atas DS Najib?

Sementara kebosanan dan kemarahan rakyat masih lagi boleh dibendung, Kerajaan Perpaduan mesti melakukan sesuatu dengan segera.

Kita akan menyambut perayaan Hari Raya Aidl Fitri tidak lama lagi.

Sekiranya tiada sebarang tindakan diambil sebelum perayaan Aidil Fitri, parti di bawah Kerajaan Perpaduan akan berhadapan kesukaran dalam 6 pilihanraya negeri.



Agen-agen penghasut dari pihak pembangkang akan berkumpul di kampung masing-masing dan saling kunjung mengunjungi.

Ini akan menjadi medan yang paling efektif untuk mereka menghasut pengundi yang berada di atas pagar.

Jarum hasutan akan disebarkan seluas-luasnya kepada keluarga dan rakan-rakan mereka.

Usai cuti Hari Raya, pengundi atas pagar akan memanjangkan hasutan yang diterima kepada rakan sekerja.

Ingat, sudah terbukti pengundi di Malaysia akan mengundi berdasarkan kepada emosi.

 

Kemarahan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Makin Memuncak

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button