2 lelaki ditahan simpan senapang, ganja dan bahan buat alat letupan

2 lelaki ditahan simpan senapang, ganja dan bahan buat alat letupan

2 lelaki ditahan simpan senapang, ganja dan bahan buat alat letupan
Antara barangan dirampas dalam dua serbuan di Baling. – Foto ihsan polis

ALOR SETAR: Polis menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di dua kediaman di Baling kerana disyaki menyimpan senapang patah, ganja seberat 2.49 kilogram (kg) dan sejumlah kotak besi disyaki bahan membuat alat letupan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, serbuan dilakukan 28 Mac lalu jam 6.30 pagi membabitkan sepasukan polis dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang ditahan berusia antara 34 hingga 60 tahun.



“Hasil pemeriksaan dalam sebuah rumah terbabit menemui selaras senapang patah berhulu kayu dan tiga paket plastik lutsinar disyaki mengandungi ketulan mampat daun kering disyaki ganja dengan anggaran berat 2.49 kg.

Pemeriksaan di rumah seterusnya menemukan kotak besi yang di dalamnya mengandungi pelbagai bahan yang digunakan untuk membuat alat letupan.

“Semua barangan terbabit dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Di Mahkamah



2 lelaki ditahan simpan senapang, ganja dan bahan buat alat letupan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Di Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button