Apa Bisikan Manja Tengku Maimun Kepada Perdana Menteri?

Tengku Maimun Minta 'Talian Hayat' Dari Perdana Menteri?

Apa Bisikan Manja Tengku Maimun Kepada Perdana Menteri?

25 Mac yang lalu, DYMM SPB YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri di Istana Negara.

Antara menteri yang hadir ialah Menteri KDN, Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan, DS Mohamad Hasan dan Menteri Luar, Dr Zambry Abdul Kadir serta timbalan menteri.



Turut hadir ialah Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun, Peguam Negara, Idrus Harun, KSN, Mohd Zuki Ali, YDP Dewan Rakyat, Johari Abdul dan YDP Dewan Negara, Dr Rais Yatim.
Apa yang menarik perhatian penulis adalah pertemuan singkat antara Anwar Ibrahim dan Tengku Maimun selepas majlis tersebut.
Dari info grafik di atas, jelas kelihatan Tengku Maimun sedang mengatakan sesuatu kepada perdana menteri.
Apa agaknya ‘bisikan manja’ Tengku Maimun kepada perdana menteri sambil diperhatikan oleh isteri perdana menteri, Dr Wan Azizah.
Adakah Tengku Maimun cuba meminta talian hayat dari perdana menteri?

Mungkinkah Tengku Maimun Bimbang Dengan Penubuhan RCI Tommy Thomas?

Mungkin benar, kerana Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) yang akan menyiasat buku Tommy Thomas sudah pun dipersetujui oleh kerajaan.
Kini hanya menunggu masa untuk kerajaan mengumumkan siapakah panel penyiasat yang akan mengaggotai RCI tersebut.
Tengku Maimun sudah pasti tahu, antara fokus siasatan RCI adalah mengenai campurtangan pihak ketiga dalam pelantikan hakim.
Dan ianya termasuk pelantikan beliau sendiri sebagai Ketua Hakim Negara.
Malah dilaporkan antara nama yang dicalonkan oleh Judiciary Appointment Commision (JAC) adalah YA Abdul Rahman Sebli.
Ia berlandaskan merit beliau yang berdasarkan seniority dan pengalaman beliau sebagai hakim.
Tommy Thomas secara jelas menyatakan, pelantikan Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara adalah atas cadangan beliau.
Dan bukan atas cadangan JAC sebagaimana yang tertulis di dalam perlembagaan.
Sekiranya apa yang ditulis oleh Tommy Thomas itu terbukti benar, sudah pasti kedudukan Tengku Maimun sebagai Ketua Hakim Negara akan tergugat.
Walaubagaimanapun, penulis berharap perbualan antara Anwar dan Tengku Maimun hanyalah perbualan biasa.
Dan bukannya perbualan untuk cuba melindungi kemusnahan institusi asas negara yang sudah sampai ke tahap kritikal.

Apa Bisikan Manja Tengku Maimun Kepada Perdana Menteri?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading