Tengku Maimun Khianati Sumpah Taat Setia Sebagai Ketua Hakim Negara

Tengku Maimun Khianati Sumpah Taat Setia Sebagai Ketua Hakim Negara

Pada 2 Mei 2019, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa Tengku Maimun Tuan Mat telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara untuk menggantikan Richard Malanjum.

Majlis mengangkat sumpah taat setia telah berlangsung pada 6 Mei 2019.



Ianya dilakukan di hadapan YDP Agong ke XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah di Istana Negara.

Antara lafaz sumpah taat setia yang dilafazkan oleh Tengku Maimun adalah:

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi”

“Saya Tengku Maimun setelah dilantik memegang jawatan Ketua Hakim Negara dengan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya”



“Bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia”

“Dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaannya”

Kini sudah hampir 4 tahun mengangkat sumpah di hadapan YDP Agong.

Adakah Tengku Maimun sudah lupa dengan lafaz sumpah yang telah beliau ucapkan?



Dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, beliau bersumpah untuk mempertahankan perlembagaan negara.

Apakah beliau benar-benar sudah melakukannya?

Dalam penghakiman YA Abdul Rahman Sebli, beliau dengan tegas mengatakan:

“Jika dia (DS Najib) tidak boleh dibicarakan secara adil terhadap pertuduhan yang dikenakan, dia tidak sepatutnya dibicarakan sama sekali”.



“Menafikan tertuduh daripada perbicaraan yang adil adalah satu bentuk ketidakadilan yang serius”.

Tengku Maimun adalah pengerusi 5 panel hakim yang menolak rayuan DS Najib dalam Mahkamah Persekutan.

Dan dari penghakiman YA Abdul Rahman Sebli, ternyata Tengku Maimun telah mengkhianati sumpah yang beliau lafazkan.

Bukan itu sahaja, enggan mengambil apa-apa tindakan terhadap Hakim Nazlan juga adalah bukti satu lagi pengkhianatan terhadap sumpah yang beliau lafazkan.



Pihak kerajaan mesti segera menasihati YDP Agong supaya melucutkan jawatan Ketua Hakim Negara dari Tengku Maimun.

 

Tengku Maimun Khianati Sumpah Taat Setia Sebagai Ketua Hakim Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button