HWC Coffee terima sijil halal Jakim

HWC Coffee terima sijil halal Jakim

HWC Coffee terima sijil halal Jakim
Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Mohamad Zamri Mohamed (kiri) menyerahkan Sijil Simulasi Pensijilan Halal kepada Zenda.

Kuala Lumpur: HWC Coffee Malaysia kini sudah menerima pengesahan pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk produk dan bahan yang digunakan.

Ini adalah pencapaian yang besar yang menegaskan komitmen jenama ini untuk memberikan pengalaman kopi luar biasa kepada semua pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zenda Ng berkata, pensijilan halal Jakim adalah satu proses ketat yang perlu dilalui untuk memastikan semua produk dan bahan HWC Coffee Malaysia mematuhi panduan Islam yang ditetapkan.



“Ini bermakna kopi, pastri, dan makanan lain dari HWC Coffee Malaysia adalah selamat dan boleh dinikmati oleh umat Islam,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sejak penubuhannya pada April 2022, HWC Coffee Malaysia berusaha keras untuk memperkukuhkan dirinya sebagai jenama rangkaian kopi istimewa pertama di negara ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.




Sejajar dengan visi ini, syarikat menjalankan misi untuk memperoleh pensijilan halal dalam setiap aspek penawaran HWC Coffee, dari bahan untuk kek dan pastri, hinggalah ke biji kopi, datang dari pembekal yang memiliki sijil halal.

Katanya, setakat ini, HWC Coffee mempunyai 32 cawangan di seluruh negara.

“Pensijilan ini bukan sahaja membuktikan komitmen syarikat untuk mematuhi standard tertinggi dalam pengeluaran makanan dan minuman, tetapi juga mencerminkan keinginan kukuh kami untuk mewujudkan persekitaran harmoni dan perpaduan.

“Kami memahami bahawa sebahagian besar pelanggan kami mengikut panduan halal. Dengan memperoleh sijil halal, kami dapat mewujudkan ruang inklusif di mana pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat boleh bersama-sama menikmati hidangan yang lazat dan kopi luar biasa, tanpa sebarang kebimbangan,” katanya.



HWC Coffee terima sijil halal Jakim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button