‘Kalau ada GST, rakyat lebih senang hari ini’ – Najib

KUALA LUMPUR: “Rakyat akan lebih senang hari ini jika GST masih ada,” demikian tegas Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menyebabkan kerajaan menghadapi penguncupan hasil.

“Hasil mengucup apabila GST dihapuskan. GST ini kita kutip dan kita peroleh masa kita senang. Bila kita susah kita ada duit simpanan dan boleh agihkan kepada rakyat.



“Ini masanya kita nak tolong rakyat. Kalau ada GST saya yakin rakyat Malaysia lebih senang hari ini. Tetapi bila tidak ada malanglah,”
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu berkata akibat pemansuhan GST, kerajaan perlu memikirkan mekanisme lain termasuk melihat dasar mikro secara keseluruhan.

“Makanya sekarang ini kita kena lihat kepada keseluruhan dasar mikro dan makronya, kestabilan politik serta lain-lain. Pokoknya kita mesti kepada asasnya dan kena buat perancangan yang sebaik-baiknya.

“Pendek kata kita letakkan negara kita atas landasan yang betul,” ujarnya lagi.

AWANI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button