Isu barang keperluan, Menteri jadi patung?
Isu harga barang keperluan yang semakin mendadak kenaikannya seolah dipandang sepi sehingga rakyat beranggapan Menteri sudah menjadi patung.
Melihat perbandingan harga barang keperluan yang dikeluarkan FAMA, kenaikan seperti tidak dapat dibendung oleh KPDNHEP.
Rentetan itu, rakyat memandang Menteri bertanggungjawab hanyalah sekadar memenuhi syarat protfolio dan tidak mempedulikan kesusuahan yang perlu ditanggung.
Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan dalam hal kenaikan harga keperluan ini?
Apa guna slogan #KeluargaMalaysia, jika rakyat terus tertekan dengan kenaikan harga barang? Dengar khabar bukan sahaja barang keperluan, malah harga barang runcit yang lain juga dijangka akan naik menjelang Jun 2022.
Isu ini merupakan antara topik hangat diperkatakan rakyat, malah pengusaha makanan turut mengeluh dengan ‘permainan’ harga sekarang.
“macam mana kami mahu berniaga jika harga barang terus melambung? berapa kami mahu jual kalau saban minggu harga mencanak?
“Menteri buat apa? tengok saja kenaikan lepas tu kata sebab harga dunia atau salahkan perang Rusia dengan Ukraine? – Pemilik Ayam King Johor.
Semalam gempar isu India menghentikan eksport gandum ke luar negara dan Malaysia merupakan antara pengimport terbesar hasil gandum dijangkakan turut terjejas.
Kadar inflasi akan naik dan menyebabkan kemarahan rakyat. Untuk menghindari lebih kemarahan rakyat, kerajaan perlu berbuat sesuatu.
Selepas Julai berakhir, parlimen akan bubar?
Kerja menteri sekarang ni cukup senang…..kerjanya cuma sebagai tukang bagi HARGA SILING…Kalau ada pembekal atau penjual tidak ikut….setiap musim perayaan je pasti ada harga SILING baru…..sebab perinsip pembekal atau penjual cukup senang….KALAU MAHU BELI, KALAU TIDAK MAHU AWAK JANGAN BELI….itulah sebabnya KEMENTERIAN PENGGUNA menjadi TIDAK BERGUNA….