Wanita Dakwa Jumpa Buku Jampi Dalam Beg Founder Kecantikan

Pendedahan yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok, dikenali sebagai Haslina Hashim menceritakan dia terjumpa buku jampi dipercayai milik pengasas produk kecantikan mengejutkan orang ramai.

Menerusi video pendek dikongsi, dapat dilihat sebuah buku kecil lama berwarna merah dan di dalamnya terdapat beberapa nota yang dipercayai jampi. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan maksud-maksud di sebalik nota yang tercatat pada buku berkenaan.

Saya jumpa buku jampi yang dimiliki oleh founder produk kecantikan. Pakai jampi rupanya guys. Banyak lagi rahsia.



Dakwa pemilik video ini lagi, pengasas produk kecantikan itu sudah pun meninggal dunia dan buku itu dijumpai oleh wanita ini ketika membeli beg yang dijual secara preloved.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 400k tontonan dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen sempat memberikan nasihat kepada pemilik video ini supaya lebih berhati-hati.

Owner buku ini dah arwah. Saya terjumpa dalam handbag dia yang saya beli preloved. MasyaAllah semoga kita semua terhindar daripada syirik.

 



 

@ninarichiiii Buku JAMPI #founderkosmetikmalaysia #kosmetik #skincare #2ndwife #scary #unsecured #jampi #nakcantik #malaysia ♬ Scary Sounds – Bobby Cole

 



Haslina Hashim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button