KPKM jamin tidak akan lindung kartel padi beras

Oleh – Syeikh Baran


KPKM jamin tidak akan lindung kartel padi beras
Datuk Seri Mohamad Sabu

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti kartel padi dan beras.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, pihaknya juga tidak akan mencampuri sebarang siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).



“Semasa cuti raya minggu lepas, masih ada rakan-rakan yang bertanya tentang benarkah wujud kartel padi dan beras? Soalan ni saya dah jawab beberapa kali pada media sebelum ini tapi mungkin mereka terlepas pandang.

“Negara kita ada Suruhanjaya Persaingan Malaysia yang lebih dikenali sebagai MyCC. Antara skop tugas MyCC ini adalah menyiasat kewujudan kartel dalam ekonomi negara kita.

“KPKM tiada halangan dan sentiasa bersedia memberikan sebarang maklumat kepada MyCC pada bila-bila masa diperlukan. Moga penjelasan ini dapat memberikan pencerahan pada semua,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, KPKM menafikan wujud kartel atau mafia menentukan harga padi, beras dan benih padi seperti yang didakwa sesetengah pihak.



Menurut KPKM, ini kerana jumlah pengeluaran sebanyak 39,000 pelbagai lesen antaranya Lesen Borong Beras, Lesen Eksport dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi bagi benih padi sah (BPS) jelas menunjukkan tiada kartel atau mafia dimaksudkan wujud dan mampu memonopoli industri padi dan beras.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading