Intergriti PKR hancur teruk, apa kata Anwar?
Parti Keadilan Rakyat-PKR sedang melangsungkan pemilihan jawatan 2022, namun kali ini intergriti parti itu hancur teruk.
Walaupun Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding, sebenarnya sudah hilang kewibawaan memimpin parti tersebut.
2 Pilihanraya negeri yang ditandingi PKR, mengalami kekalahan teruk merupakan antara petunjuk pengaruh Anwar semakin pudar.
Sebaliknya Rafizi Ramli yang bertanding Timbalan Presiden dilihat lebih berwibawa untuk memimpin PKR dengan kepakaran ‘formula’ beliau.
Walau Saifuddin Nasution dikatakan calon pilihan Anwar, beliau dijangkakan akan kalah kepada Rafizi dan berpotensi untuk disingkirkan dari jawatan Setiausaha Agung PKR.
@patcash08 Apa sudah jadi #PKR ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT
Menyentuh soal intergriti PKR, pemilihan kali ini membuka lebih banyak mata mengenai rasuah yang berlaku dalam PKR.
Malah, beberapa laporan polis telah dibuat oleh ahli PKR sendiri berikutan pelbagai tawaran oleh pemimpin tertentu dalam PKR.
Mana maruah Anwar yang seringkali melaungkan prinsip intergriti, menolak perbuatan rasuah dan mahu parti bersih dari unsur yang tidak sihat?
Sudah tiba masanya untuk Anwar melakukan ‘Forensic Audit’ dalam perkiraan undi selain membuat ‘Siasatan Forensik’ terhadap laporan polis mengenai perlakuan rasuah dalam perebutan jawatan PKR.
Rafizi Ramli juga perlu tampil dengan ‘formula’ bagi menghentikan budaya ‘baling kerusi’ dan laporan polis setiap kali pemilihan jawatan PKR berlangsung.
‘Perang’ raih sokongan pemilihan PKR 2022 bermula