Rauf kekal Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Melaka

Menurut sumber dalaman Umno Pusat, kedudukan Dato Sri Rauf Yusoh sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Melaka masih kekal dan tidak ada sebab untuk ditukarkan.

Suhu politik Melaka yang agak panas seketika dihangatkan dengan ceritera kononnya sudah ada gerakan untuk menyingkirkan Rauf dari kepimpinan Umno Melaka.



Sumber dalaman Umno Pusat juga memaklumkan isu yang terjadi di Melaka dikategorikan sebagai terpencil dan mampu diselesaikan Dato Seri Sulaiman Ali bersama Dato Sri Rauf secara baik.

Umum mengetahui kerjasama Sulaiman dan rauf berjalan lancar sejak memenangi PRN Melaka. Malah, kerjasama Exco Negeri juga amat baik dan kelancaran pentadbiran Melaka jauh lebih baik dari sebelumnya.

Ia berikutan satu forum disiarkan secara langsung menerusi facebook kononnya wujud jawatan Ketua Menteri Sementara Melaka.



Dalam forum tersebut, ada dakwaan berlaku perjanjian pertukaran jawatan Ketua Menteri Melaka mengikut tempoh yang dipersetujui.

VIDEO FORUM LANGSUNG OLEH SENATOR MOHAMAD ALI MOHAMAD

Bagaimanapun, dalam forum berkenaan, individu yang membuat dakwaan tersebut tidak dapat mengemukakan bukti kukuh dakwaan beliau.



Mungkin ada Ketua Bahagian Umno Melaka yang masih dibelenggu pemikiran ‘kuno’ yang tidak mampu membezakan antara pentadbiran negeri dan politik.

Mungkinkah mereka sudah memasang angan untuk menjadi calon PRU15?

Terimakasih kembalikan Melaka kepada BN

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button