IBU TUNGGAL ANAK 4 DIHIMPIT KESUSAHAN TINGGAL DALAM STOR

Seorang Ibu Tunggal Anak 4 Dihimpit Kesusahan Tinggal Dalam Stor | Dalam kebanyakan kes, selalu muncul kat media sosial kehidupan golongan miskin yang tinggal kat rumah yang kotor dan tak dibersihkan.

Ada satu masa tu, sampai kena hire sukarelawan pulak nak membersih rumah mangsa yang terlampau kotor. Tapi lain pulak dengan kehidupan seorang ibu tunggal anak 4 yang dihimpit kesusahan sehingga terpaksa tinggal kat dalam sebuah stor.

Korang mesti terkejut lepas tengok rumah dia! Terpaksa tinggal di stor bedekatan dengan tangki najis



Menurut Sinar Harian, stor yang menjadi tempat tinggal Najwa Lipayang, 31 dengan 4 orang anaknya yang berusia 2 hingga 10 tahun ni berdekatan dengan sebuah tangki najis yang jadi ‘tempat permainan’ anak-anaknya tu.

Turut tinggal bersama Najwa dan anaknya-anaknya dekat stor depan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad, Jalan Long Yunus ni ialah ibunya, Ruzana Amat, 53.

Hilang tempat bergantung lepas diceraikan suami Pada asalnya, Najwa yang berasal dari Thailand ni telah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Nur Airis Natasha Mohd Khalis, 10, Muhamad Hafiz Danial, 6, Muhamad Hazim, 4 dan Nur Aina Syuhada, 2.



Walau bagaimanapun, jodoh mereka tak panjang dan pada Januari lalu, pasangan tersebut berpisah. Sejak dari tu, Najwa hilang tempat bergantung dan punca pendapatan.

Kerana kesempitan hidup, dua anaknya terpaksa berjalan kaki sejauh 2 kilometer ke Sekolah Sultan Ismail 2 selain kadang kala dihantar oleh nenek mereka.

Lebih menyedihkan sekarang, stor yang dulunya ditumpangkan secara free tu terpaksa mereka kosongkan pada penghujung bulan Oktober ni.

“Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tak ada bilik, tiada tandas”
Bagi sesetengah orang, stor tu mungkin nampak macam tempat yang kotor dan sempit. Tapi tidak bagi Najwa dan anak-anaknya. Rumahku, syurgaku.



“Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tidak ada bilik, tiada tandas, tapi kami masih boleh berteduh dan berehat di sini.

“Kalau mandi kami mandi di luar sebab di sini tidak ada bilik air dan tandas kami tumpang milik bangunan kedai, tetapi selepas ini tidak tahu apa nasib kami kerana sudah tiada tempat tinggal,” katanya.

Katanya lagi, bukan sengaja dia tak mahu cari rumah sewa lain, tapi Najwa tak mampu nak bayar wang bulanan kerana hanya bekerja sebagai pembantu kedai yang dapat gaji RM20 ke RM25 sehari.



“Kadang-kadang kalau tidak ada duit sangat, saya bagi anak-anak sajalah makan nasi bersama lauk, saya pula makan nasi dengan kuah sahaja pun tidak apa-apa,” katanya.

Netizen puji rumah bersih, patut jadi contoh buat semua, Kisah Najwa yang viral di media sosial telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji sikap rajin dan pembersih wanita ni.

Walaupun stor tersebut terletak berdekatan dengan tangki najis, keadaan dalam rumah tetap nampak bersih dan anak-anaknya juga dalam keadaan terjaga.

Malah disebabkan sikap pembersihnya ini, ada pulak yang salah sangka mengingatkan dia bukan orang susah kerana sentiasa berhias.



“Saya pula suka mengemas dan diri sendiri pun selalu berhias, tetapi kerana melihat kepada pemakaian saya yang kemas ini menyebabkan kadang-kala orang salah erti dan tidak percaya saya orang susah.

“Sebenarnya ini semua baju derma dan walaupun kami dalam keadaan serba kekurangan, saya kena jaga kebersihan kerana bimbang anak terkena penyakit, takut nanti sudahlah susah, sakit pula,” katanya.

“Para lelaki ambil akak ni jadi isteri” Dalam pada tu, netizen lelaki sempat juga bergurau untuk memperisterikan Najwa kerana dia memiliki ciri-ciri isteri yang baik iaitu sentiasa menjaga kebersihan, pandai berhias dan juga rajin.

Tak faham kenapa ex husband dia ceraikan isteri baik macam nI.



Bagi mereka yang ingin hulurkan bantuan, korang boleh saja salurkan wang ke akaun Nur Airis Natasha Mohd Khalis BSN 03011-41-00008747-3 atau menghubungi Najwa di talian 016-2552846. Semoga akak ni terima bantuan sewajarnya.

apacerita

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button