Seorang lagi pemain muda Malaysia beraksi di Eropah

KUALA LUMPUR: Seorang lagi ubi muda negara, Muhammad Haziq Alzam berjaya melebarkan sayapnya di Eropah.

Haziq, 18, secara rasmi menandatangani kontrak bersama kelab divisyen satu Turki, Karagumruk SK sekaligus menambah bilangan pemain muda negara beraksi di benua berkenaan.

Haziq mengakui terkejut apabila mendapat tawaran berkenaan dan menyifatkan ia sebagai mimpi yang menjadi kenyataan. Malah, dia yang beraksi di bahagian tengah mengakui bersedia memperkuatkan skuad kebangsaan pada masa depan jika khidmatnya ditagih.



“Apabila mendapat tawaran ini melalui ejen, memang saya agak terkejut terasa seperti bermimpi. Kemudian saya berasa teruja dan amat bersyukur kerana tawaran ini datang dari sebuah kelab liga utama di Turki.

“Sememangnya saya sudah lama bercita-cita ingin bermain di kelab Eropah dan apabila saya sudah menjejakkan kaki di Istanbul ini, terasa seperti impian saya akan menjadi kenyataan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pemain muda negara berada di luar negara termasuk Luqman Hakim Shamsudin dengan KV Kortrijk di Belgium, Allee Putra Azril bersama Malaga City di Sepanyol, Annil Vigneswaran (SGV Freiberg, Jerman) dan Muhamamad Rafieq Al-Amzar Zulkifeli (NK Zvijezda Gradacac, Bosnia)

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button