Vieira tenang hadapi penyokong Everton
LIVERPOOL: Patrick Vieira bakal berdepan siasatan Persatuan Bolasepak Inggeris selepas dia dirakam menyepak salah seorang penyokong yang menunjukkan isyarat lucah kepadanya.
Pengendali Crystal Palace itu dalam perjalanan ke bilik persalinan selepas kekalahan kepada Everton di mana penyokong tuan rumah di Goodison Park membanjiri padang.
Vieira yang berseorangan cuba bersikap tenang ketika diprovokasi oleh penyokong berkenaan, tetapi akhirnya dia hilang sabar dan menyepak kaki lelaki itu sehingga jatuh.
Dia kemudian dikerumuni beberapa orang penyokong tetapi bekas pemain Perancis itu dengan tenang meneruskan perjalanannya.
Ketika ditanya tentang insiden berkenaan, Vieira berkata: “Tidak ada apa-apa yang saya ingin katakan tentang itu.”
Penyokong Everton dua kali memasuki padang ketika pasukan mereka bangkit menewaskan Palace, sekali gus mengekalkan pasukan itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.
Pengendali Everton Frank Lampard tampil memberi sokongan kepada Vieira.
“Saya memahami perasaan Patrick walaupun tidak sempat bercakap dengannya di akhir permainan. Dia terpaksa melepasi penyokong kami, ia bukan sesuatu yang mudah.
“Jika dilakukan dengan betul, saya gembira penyokong dapat berada di atas padang dan meraikannya. Selagi mereka menjaga tingkah laku, ia tidak mengapa,” kata Lampard.
Vieira, Woah!!! Good on him. Fans running on the pitch abusing players/managers has to stop! #vieira #football pic.twitter.com/4aEZTl7Si9
— Jon Adby (@jonadby19) May 19, 2022
AGENSI