Dipercayai jalinkan hubungan seramai 50 wanita Lagi Teruk Dari Khuzairi!
Drama siri 7 Hari Mencintaiku musim ketiga sudah melabuhkan tirainya, rata-rata peminat berasa sedih apabila watak Pak Samad meninggal dunia, namun masih ada yang geram dengan Khuzairi kerana wataknya yang sebelum ini menjadi suami penyayang berubah selepas lumpuh.
Siapa sangka rupanya wujud suami yang lebih teruk daripada Khuzairi sehingga sanggup curang dengan isteri walaupun dirinya kudung.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Hirotada Ototake berasal dari Jepun itu dilahirkan tanpa tangan dan kaki akibat penyakit genetik yang jarang berlaku dinamakan sebagai Sindrom Tetra-Amelia.
Namun, ia bukan penghalang buat dirinya untuk lebih cekal serta menjadi inspirasi buat orang ramai. Bahkah dia menjadi salah seorang penulis paling berjaya dan turut bertanding untuk kerusi di parlimen.
Bercerita mengenai kisah kehidupan peribadinya, Hirotada mempunyai seorang isteri yang bernama Hitomi. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Kebahagiaan rumah tangga mereka mulai retak pada tahun 2016 kerana khabar angin mengenai Hirotada meniduri lima orang wanita berbeza sepanjang 15 tahun tempoh perkahwinannya itu.
Hirotada didakwa berlaku curang buat kali pertama tidak lama selepas anak sulungnya dilahirkan.
Hirotada dipercayai telah menjalinkan hubungan sulit dengan sekitar 50 orang wanita yakni terdiri daripada setiausahanya, rakan sekerja dan juga kakitangan perubatan yang merawatnya.
Salahkan perkahwinan punca kecurangannya
Walau bagaimanapun, akhirnya lelaki terbabit membuat permohonan maaf kepada umum dan mengaku bahawa pernah menjalinkan hubungan sulit sejak anak sulungnya dilahirkan, namun dia tetap menyalahkan perkahwinannya sebagai punca kecurangan yang berlaku.
Rasa dikhianati dan tidak boleh memaafkan perbuatan Hirotada, isterinya membuat keputusan untuk menuntut penceraian serta hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka pada tahun 2016.
Tidak lama sesudah penceraian itu, Hirotada dilaporkan telah menemui cinta baru.
Jack Lester