Kos perang ditanggung Israel cecah RM275 bilion

Kos perang ditanggung Israel cecah RM275 bilion

Kos perang ditanggung Israel cecah RM275 bilion
FOTO dari Rafah menunjukkan asap tebal di Khan Yunis, selatan Gaza, susulan serangan Israel. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Kos perang ditanggung Israel di Semenanjung Gaza mencecah AS$59.3 bilion (kira-kira RM275.6 bilion), namun objektifnya masih belum tercapai, kata akhbar Yedioth Ahronoth pada Ahad.

Agensi Anadolu melaporkan yang memetik laporan akhbar itu dipetik sebagai berkata, selepas mengambil kira setiap aspek perang setakat ini, kos perang adalah kira-kira AS$60 bilion (kira-kira RM278.9 bilion).

“Ini termasuk bajet perang itu sendiri serta pelbagai bentuk bantuan kewangan untuk setiap orang awam yang menyaksikan pendapatannya berkurangan kerana konflik,” kata akhbar itu.



Akhbar harian Israel itu dilaporkan berkata, kebanyakan objektif yang ditetapkan oleh kerajaan Israel untuk perang Gaza masih belum tercapai, memetik kegagalan untuk membongkar Hamas dan pembebasan tebusan yang ditahan oleh kumpulan Palestin.

“Satu lagi matlamat yang masih sukar difahami ialah pembunuhan komander paling kanan Hamas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib




“Pasukan terbukti lebih mahir dalam mengenali dan merungkai perangkap letupan serta kebolehgerakan yang lebih cekap untuk mengelak serangan hendap dan memindahkan mangsa yang cedera,” tambahnya.

Akhbar itu berkata, perang Gaza menyebabkan Israel menanggung belanja AS$272 juta (kira-kira RM1,264 juta), setiap hari.

“Belanjawan negara melihat pada defisit AS$30 bilion (kira-kira RM139.4 bilion) memerlukan pemotongan bajet dan kenaikan cukai sehingga melebihi AS$18 bilion (kira-kira RM83.67 bilion), yang akan dirasai dengan jelas dari segi kualiti hidup dan pengurangan perkhidmatan untuk orang awam Israel secara amnya,” lapor akhbar itu

Israel melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh kumpulan pejuang Hamas Palestin pada 7 Oktober tahun lalu.



Sekurang-kurangnya 22,835 rakyat Palestin terbunuh dan 58,416 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, manakala hampir 1,200 warga Israel dipercayai terbunuh dalam serangan Hamas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Cubaan Merampas Kuasa Berlarutan


Serangan Israel menyebabkan Gaza hancur, dengan 60 peratus infrastruktur enklaf itu rosak atau musnah, dan hampir dua juta penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.



Ramai pakar undang-undang antarabangsa berkata, tindakan Israel di Gaza adalah jenayah perang atau pembunuhan beramai-ramai, dan negara-negara seperti Turkiye dan Afrika Selatan sedang berusaha untuk membawa kes undang-undang seperti itu di mahkamah antarabangsa.

Kos perang ditanggung Israel cecah RM275 bilion

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PPBM Di Pinggirkan Dalam Langkah Dubai



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading