Wajah tidak dicetak, Lim Kit Siang ‘sawan’
Veteran politik, Lim Kit Siang merungut ‘sawan’ menerusi tulisan dalam entri blog beliau apabila mendakwa tidak diberikan publisiti oleh media.
Kit Siang yang telah mengisytiharkan bersara dari politik, menyifatkan media sudah tidak bebas seperti sepatutnya apabila tidak melaporkan ‘kemenangan’ beliau.
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali gagal dalam kes saman fitnah RM10 juta difailkan terhadap bekas Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung artikel berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Veteran itu bagaimanapun tidak hadir untuk mendengar keputusan kes. Hakim Azimah menyifatkan ketidakhadiran fizikal Kit Siang ke mahkamah untuk mendengar keputusan kes saman itu sebagai tidak menghormati mahkamah.
Tuduhan Lim Kit Siang terhadap media arus perdana tidak sepatutnya berlaku. Media telah memberi publisiti meluas kepadanya dalam kes beliau dan Apandi Ali.
Rujuk –Â LAPORAN BERITA HARIAN
Dalam pada itu, Lim Kit Siang masih belum menjawap pelawaan Dato Sri Najib Razak untuk berdebat dengannya.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dipercayai tidak mampu menjawap ‘soalan bocor’ yang dikemukakan oleh Najib menerusi facebook beliau.
Dipercayai juga, rungutan Kit Siang terhadap media hanyalah helah beliau mengalih perhatian keceluparannya menghasut rakyat menerusi entri blog beliau.Â
Kit Siang sebelum itu menulis mengenai pembakaran serta protes yang berlaku di Sri Lanka dan bertanya adakah Malaysia juga akan jadi seperti negara tersebut.
Lim Kit Siang mulakan propaganda keganasan