Budak 18 Bulan Terjatuh Ke Dalam Longkang Pembetung

Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan dilaporkan terjatuh ke dalam longkang pembetung sedalam lima kaki ketika berjalan bersama ibunya di kawasan rumah mereka yang terletak di Tenderden, Kent, United Kingdom.

Insiden cemas tersebut berjaya dirakam kamera tertutup (CCTV) dari rumah jirannya. Ibu mangsa, Amy Blyth memaklumkan sebelum kejadian, dia bersama anak lelakinya, The Prior berjalan di kawasan kejiranan dan ketika itu, mangsa telah terpijak penutup longkang pembetung di kawasan tersebut dan terus terjatuh.

Perkara pertama yang saya fikir pada ketika itu adalah ‘Ya Tuhan, dia sudah mati’. Saya menarik penutup longkang dan melihat dia berada di bawah sambil menjerit nama saya.

Tanpa berfikir panjang, Amy Blyth terus masuk ke dalam longkang pembentung itu untuk menyelamatkan anaknya. Wanita berusia 23 tahun ini mengakui longkang terbabit terlalu sempit dan sangat dalam sehinggakan kepalanya juga tidak boleh melihat keadaan di luar.

Saya terjun ke dalam longkang tetapi ia sangat sempit dan saya tidak boleh membongkok untuk mencapainya. Ia sangat dalam sehingga  tidak dapat melihat kepala saya dari luar.

Difahamkan, wanita ini berjaya mencapai dan mengangkat anaknya keluar daripada longkang pembetung tersebut. Menurutnya, pakaian anaknya juga dipenuhi dengan sisa kumbahan. Kanak-kanak itu juga dipercayai turut tertelan air di dalam pembetung tersebut. Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital William Harvey Ashford untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Video

 

Daily Mail

 

Leave a Reply