Selepas Hans Isaac dan Altimet, giliran Afdlin pula tewas

Kuala Lumpur: Pelakon, penerbit dan pengarah Datuk Afdlin Shauki tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa.

Cabang itu dimenangi penyandang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad selepas memperoleh 482 undi, sementara 372 undi diperoleh Afdlin.

Dengan keputusan terbaru itu, menyaksikan saingan membabitkan personaliti dan artis dalam Pemilihan PKR kali ini gagal memperoleh kejayaannya.



Terdahulu, pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Hans Isaac juga tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Cabang Ampang.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 51, sekadar memperoleh 609 undi sementara pesaing selebriti lain, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau Altimet, yang turut tewas, memperoleh 589 undi.

Pemilihan bagi Ketua Cabang Ampang dimenangi Daing Muhammad Reduan Bachok, yang memperoleh 942 undi.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button