Budak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia

Budak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia

Budak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia
Anggota bomba membawa turun mangsa yang mengalami patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda, Johor Bahru. Mangsa disahkan meninggal dunia tengah malam tadi. – Foto ihsan pembaca

JOHOR BAHRU: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terjatuh dari tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin di Jalan Garuda di sini semalam meninggal dunia tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kanak-kanak berkenaan menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi.



Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak 12 tahun patah tangan kiri selepas terjatuh dari tingkat 11 kediaman berkenaan.

Pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 7.31 malam tadi.

Kanak-kanak itu ditemukan tersangkut di bumbung kedai ditingkat bawah selepas terjatuh dari tingkat 11 bangunan terbabit.

Anggota bomba membawa turun mangsa yang mengalami patah tangan kiri dengan pengusung dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke HSA.



Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?

Budak lelaki jatuh tingkat 11 meninggal dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading