Jika anak saya bersalah, hukumlah dia – MB Perlis

Oleh – Syeikh Baran


Jika anak saya bersalah, hukumlah dia – MB Perlis
Mohd. Shukri menjelaskan situasi skandal penyelewengan melibatkan anaknya pada sesi penggulungan Penggal Persidangan Kedua DUN Perlis ke-15 di Kangar, hari ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli secara terbuka meminta anaknya dihukum sekiranya didapati bersalah dalam skandal penyelewengan tuntutan palsu.

Beliau berkata demikan ketika sesi penggulungan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Kompleks DUN Perlis di sini hari ini.



“Jika anak saya bersalah, hukumlah dia. Saya sudah bagi pendidikan dan ilmu kepada dia. Saya selalu pesan, kalau buat juga dan kena (tangkap) nak buat mcm mana. Saya tiada gundah gulana.

“Saya dan keluarga tenang. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghubungi melalui WhatsApp dan telefon serta tolong mendoakan. Itu memang perkara yang saya perlukan. Allah berfirman jangan sangka bila kita cakap kita beriman tapi tidak diuji dengan sesuatu,” katanya.

Menurut Mohd. Shukri, Perlis ‘panas’ apabila tujuh pasukan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM menahan enam rakyat Perlis pada kelmarin.

“Salah seorang rakyat Perlis yang ‘diambil’ itu anak saya. Rumah digeledah, Pusat Asuhan Tunas Islam tempat saya asuh anak-anak digeledah, namun tiada apa-apa.



“Kemudian dia (BOK SPRM) ambil anak saya sampai hari ini dan sambung (reman) sehari lagi sampai esok. Saya difahamkan mereka mula memasuki pusat khidmat DUN,” jelasnya.

Katanya, kerajaan negeri membuka pintu dan berharap selepas ini tiada lagi ‘bunyi’ di media sosial dan sekiranya ada yang ditahan, ia dianggap sebagai salah satu pembersihan.

Menurut Mohd. Shukri, sejak awal pentadbirannya, beliau pernah menyebut pejabatnya terbuka setiap masa supaya tidak berlaku penyelewengan dan sentiasa bersih dari unsur tidak baik.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading