Hanya DAP memahami kehendak Mahathir

Oleh – Bakhtiar Omar

Untuk membentuk kerjasama dalam gabungan beberapa buah parti politik memerlukan persefahaman yang baik. DAP sebagai sebuah parti politik, sangat memahami kehendak Tun Mahathir yang memandang jauh kerjasama antara parti politik.



Mengimbau perseteruan antara DAP dan Mahathir selama 22 tahun, pertelagahan mereka seakan tidak berkesudahan. 

Namun demikian, dalam politik, istilah ‘tiada musuh selamanya’ terpakai untuk Mahathir dan DAP. Bukan sahaja kerjasama erat, malah Mahathir menjadi antara ‘tunggangan’ DAP menerobos hati pengundi Melayu.

Apabila Mahathir menghulur tangan untuk bersama dengan DAP, lihat sahaja keterbukaan yang terjadi. Betapa DAP berbangga dapat menundukkan Mahathir, seorang yang digelarkan sebagai ‘Ultra Malay’ satu ketika.



DENGAN ‘MENUNGGANG’ MAHATHIR, DAP BERJAYA TAWAN KAWASAN FELDA

DAP cukup bijak menggunakan imej Mahathir mempengaruhi pemikiran pengundi terutama dalam kawasan FELDA sekaligus menghapuskan apa yang disebut sebagai ‘kawasan keras’ untuk DAP menyusup.

Bukan itu sahaja, malah DAP juga boleh berbangga apabila Mahathir boleh sepentas dengan ikon DAP, Lim Kit Siang untuk berkempen pada PRU14 lepas. Lebih mengharukan, pertemuan antara Mahathir dan Chen Man Hin diabadikan sebagai momen terindah buat DAP.

Kejayaan Pakatan Harapan pada PRU14 juga banyak mendapat manfaat daripada kerjasama Mahathir bersama DAP selain PPBM,PKR dan AMANAH.



Memahami apa kemahuan Mahathir, DAP memberi kepercayaan kepada beliau untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-7, walau DAP menguasai kedudukan kerusi paling banyak dalam PH.

MAHATHIR LANTIK LIM GUAN ENG SEBAGAI MENTERI KEWANGAN

Namun demikian, sebagai tukaran yang menguntungkan DAP, jawatan Menteri Kewangan diserahkan kepada Lim Guan Eng.

Ramai lagi pemimpin DAP mendapat faedah dengan kerjasama mereka bersama Mahathir. Bukan itu sahaja, banyak perkara yang mengutamakan Bumiputera turut berjaya dikurangkan bila Mahathir bersetuju dengan dasar merit yang dibawa DAP.



PENGAHPUSAN BR1M OLEH DAP DIRESTUI MAHATHIR

Sebagai rekod, penghapusan BR1M oleh DAP turut dipersetujui Mahathir. Ini kerana dasar ‘penjimatan’ yang diperkenalkan DAP mendapat ‘restu’ Mahathir.

Mahathir sendiri pernah menyatakan, rakyat tidak boleh lagi bergantung kepada kerajaan selamanya dan beliau juga telah berjaya melaksanakannya bersama DAP.

Kesimpulannya, Mahathir dan DAP memang seiringan dan mampu menjadi gabungan terbaik dalam rekod politik Malaysia.

Lim Kit Siang mulakan propaganda keganasan



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button