Saiz tak menjadi penghalang berkasih

Hanoi: Pasangan berasal dari Vietnam ini menjadi tular di media sosial selepas gambar perkahwinan mereka menjadi bualan ramai apabila menunjukkan pengantin lelaki memiliki ketinggian yang jauh berbeza daripada pengantin perempuan.

Memetik portal Wolipop, mempelai lelaki dikenali Trinh Van Phong mengahwini perempuan pilihannya bernama Li Thie Dieu.

Trinh memiliki ketinggian hanya 137 sentimeter (sm), manakala isterinya pula 162 sm.



Ketika acara memotong kek, Trinh perlu menggunakan tangga di sisi isteri tersayang.

Gambar praperkahwinan mereka memperlihatkan pasangan itu cukup romantik.

Salah satu gambar yang unik, Trinh naik di atas pagar, dan mencium Li Thie.

Trinh mengaku tingginya terbantut sejak berada di sekolah rendah.



Mengakui dia kerap dibuli, dia tidak ingin memikirkan mengenai perkara itu selepas bertemu isterinya.

Menceritakan pertemuan mereka, isterinya bekerja berdekatan tempat tinggalnya.

Sejak daripada itu, keduanya sering bertemu dan jatuh cinta.

Selepas bercinta selama tiga tahun, Trinh dan Li Thie memutuskan untuk berkahwin.



Walaupun mengakui cinta mereka dihalang apabila keluarga tidak bersetuju dengan pilihan masing-masing, mereka berjaya meyakinkan keluarga.

“Kami mengalami kesukaran meyakinkan keluarga untuk mengizinkan kami berkahwin.

“Saya tidak tahu bagaimana isteri melakukannya, selepas dua minggu, keluarga akhirnya bersetuju,” kata Trinh.

Walaupun sering menerima kata-kata negatif berhubung perbezaan ketinggian mereka, namun keduanya mengaku mengabaikannya demi cinta sejati.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button