Didenda RM30,000 cemar alam sekitar

Didenda RM30,000 cemar alam sekitar

Didenda RM30,000 cemar alam sekitar
Foto hiasan

MELAKA: Sebuah syarikat perkhidmatan kemasan permukaan logam didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin atas dua kesalahan melepaskan efluen perindustrian melebihi piawaian ditetapkan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka, Rosli Mustafa, berkata syarikat terbabit, ME Technology Sdn Bhd yang beroperasi di Taman Teknologi Cheng, di sini, menjalankan proses kemasan permukaan logam untuk barangan elektrik dan elektronik.

Beliau berkata, Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat berkenaan selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Peraturan 11(1)(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.



“Kesalahan pertama adalah melepaskan efluen mengandungi nitrogen ammonia yang mempunyai kepekatan sebanyak 43 mg/L iaitu melebihi had dibenarkan iaitu 20 mg/L.

“Kedua, melepaskan efluen mengandungi nikel dengan kepekatan 7.8 mg/L, iaitu melebihi had dibenarkan iaitu 1 mg/L.

“Kesalahan itu dilakukan pada 9 Disember 2021 antara jam 10.05 pagi hingga 11.45 pagi ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rosli berkata, hasil pemeriksaan dan siasatan oleh JAS Melaka mendapati, terdapat pelepasan efluen perindustrian di takat pelepasan akhir sistem pengolahan efluen di premis syarikat hasil proses kemasan permukaan logam dilakukan.



“Efluen itu kemudiannya disalurkan terus ke pengairan pedalaman sebelum memasuki Sungai Melaka dan empat contoh efluen di takat pelepasan akhir diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Melaka untuk dianalisa.

“Keputusan analisa pada 30 Disember 2021 menunjukkan premis itu melepaskan efluen perindustrian melebihi had Piawai B ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rayuan OKS, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM15,000 bagi setiap kesalahan.

SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



 

Didenda RM30,000 cemar alam sekitar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button