Pengarah APM Melaka meninggal dunia

Melaka: Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra meninggal dunia di Hospital Melaka, pagi tadi.

Pegawai Perhubungan AwamAPM negeri Leftenan (PA) Erma Rizuan berkata, mendiang berusia 47 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di unit kecemasan hospital berkenaan kira-kira jam 10 pagi tadi selepas rebah secara tiba-tiba di pejabat APM Melaka di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh.

Menurutnya, mediang dilihat masuk ke pejabat seperti biasa sebelum sekitar jam 8 pagi sebelum tiba-tiba mengerang kesakitan dan segera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Melaka (HM).



“Sebaik sampai, pasukan perubatan terus memberi bantuan kecemasan pernafasan (CPR), namun kami dimaklumkan mendiang meninggal dunia meninggal dunia sejam selepas itu,” katanya ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HM sebentar tadi.

Beliau berkata, mendiang yang masih bujang berkhidmat di Melaka sejak 1 Januari tahun lalu selepas bertukar dari APM Pulau Pinang.

Menurutnya, sepanjang pengetahuan mendiang tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan dan punca kematian masih dalam siasatan.

“Sepanjang berkhidmat di sini, mediang juga tidak pernah mengadu sakit malah seorang aktif dan ceria.



“Ketika ini proses bedah siasat sedang dilakukan pihak hospital bagi mengetahui punca kematian,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Untuk rekod mendiang dilahirkan di Keningau Sabah pada 20 Mac 1975 dan urusan penghantaran jenazah juga sedang dilakukan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button