England dibelasah di laman sendiri

Soccer Football – World Cup – UEFA Qualifiers – Group I – England v Hungary – Wembley Stadium, London, Britain – October 12, 2021 Hungary’s Attila Szalai in action with England’s John Stones Action Images via Reuters/Carl Recine

WOLVERHAMPTON, United Kingdom: Pengurus England, Gareth Southgate menerima tanggungjawab atas kekalahan terburuk Three Lions di laman sendiri sejak 1928 apabila dibelasah Hungary 4-0 dekat Wolverhampton awal pagi tadi.

Skuad kendalian Southgate berdepan penyingkiran daripada pentas tertinggi Liga Negara-Negara selepas empat perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan.

Namun dia meminta penyokong untuk setia bersama pemain menjelang Piala Dunia lima bulan lagi.

“Saya faham ia pengalaman yang menghukum,” kata Southgate yang menjadi sasaran kemarahan daripada tempat duduk penonton di Molineux.



“Apa yang saya mahu katakan ialah kumpulan pemain ini menakjubkan buat negara dan adalah penting penyokong terus kekal bersama mereka kerana mereka akan terus kekal kuat selepas ini.”

England mengatasi semua jangkaan untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan meningkat lagi apabila ke final kejohanan utama pertama sejak 55 tahun pada Euro 2020 musim panas lalu.

“Ia bukan masa untuk panik,” kata kapten England, Harry Kane yang menolak semua khabar angin Southgate sepatutnya dipecat.

“Ia malam yang perlu dilupakan tetapi kami perlu terus menghadapinya. Kami perlu terus ke depan.



“Kami sedang bersedia menghadapi Piala Dunia dan itu perkara paling penting.”

Hungary memastikan kemenangan pertama mereka mengatasi England dalam 60 tahun di Budapest 10 hari lalu diikuti kemenangan pertama di England sejak kejayaan 6-3 di Wembley pada 1953.

Dua gol Roland Sallai serta gol lewat Adam Nagy dan Daniel Gazdag meletakkan skuad kendalian Marco Rossi di landasan tepat untuk ke final Liga Negara-Negara tahun depan.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button