Australia sahkan tempat ke pusingan 16

AL WAKRAH: Pemain Australia, Mathew Leckie menggambarkan emosinya selepas meledak jaringan bagi memastikan pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas Denmark.

Jaringan itu secara tidak langsung membolehkan ‘Soccerroos’ mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia buat kali pertamanya sejak tahun 2006.

Jaringan Leckie pada minit ke-60 memastikan Australia menamatkan saingan di tangga kedua Kumpulan D di belakang juara dunia, Perancis dan menyingkirkan Denmark daripada kejohanan.



“Saya fikir pada detik itu kamu tidak boleh terlalu banyak berfikir, kamu tidak mempunyai masa untuk berfikir.

“Kamu tahu yang ia berlaku dengan sangat pantas, ia bola yang hebat dan saya hanya ada seorang saja yang perlu dilepasi,” kata Leckie mengenai jaringannya.

“Rendah dan tajam, sukar untuk seorang penjaga gol untuk menyelamatkannya dan apabila melihat bola masuk ke gawang saya sangat teruja dan gembira.

“Saya fikir dengan keraian itu, kamu boleh melihat sejauh mana emosinya. Saya hanya terlalu bangga, kami sudah berusaha dengan begitu gigih, piala dunia pertama saya dan mungkin gol paling penting buat saya dan pasukan,” katanya.



Australia dijadual bertemu pemenang Kumpulan C yang akan ditentukan selepas ini.

AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading