Russia tayang kereta kebal Abrams ditawan di Ukraine

Oleh – Syeikh Baran


Russia tayang kereta kebal Abrams ditawan di Ukraine
KERETA kebal utama Amerika, Abrams yang ditawan oleh tentera Russia di Ukraine. – EPA

Moscow mempamerkan kepada umum kereta kebal dan peralatan ketenteraan lain yang ditawan tentera Russia di Ukraine sebagai isyarat bahawa bantuan Barat tidak dapat menghalang kemenangan Kremlin, lapor akhbar South China Morning Post hari ini.

Semalam orang ramai berbaris panjang untuk menyaksikan pameran itu yang diadakan di luar sebuah muzium di Moscow dan dinamakan ‘Trofi Tentera Russia’.



“Sejarah berulang lagi,” kata Kementerian Pertahanan Russia dalam satu kenyataan sambil menambah, negara Kesatuan Soviet turut mempamerkan kereta kebal dan senjata lain yang ditawan daripada tentera Jerman pada 1943.

“Trofi perang ini menjadi bukti kekuatan kami (Russia),” demikian menurut kementerian sama yang meramalkan kemenangan Russia dalam perang di Ukraine.

Pameran di Moscow itu termasuk kereta-kereta kebal Amerika Syarikat (AS),Perancis dan Jerman yang dibekalkan kepada Ukraine.

Saluran televisyen pemerintah, Channel One menyatakan, ‘bintang’ pameran itu adalah kereta kebal buatan AS, M1A1 Abrams yang dilumpuhkan oleh tentera Russia menggunakan roket berpandu dan dron kamikaze. – AGENSI 



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading