‘Mane akan rosakkan dua tahun terbaiknya di Bayern’
LIVERPOOL: Bekas penyerang Liverpool, Dean Saunders menyatakan Sadio Mane akan ‘merosakkan dua tahun terbaiknya’ dalam karier bola sepak di Bayern Munich.
Saunders tidak percaya perpindahan pemain sayap itu ke Bundesliga akan memberikan cabaran yang cukup buat pemain Senegal berkenaan.
Bayern sudah pun memenangi gelaran Bundesliga bagi tempoh 10 musim terakhir.
“Tiada apa-apa (merendahkan) terhadap pasukan yang hebat seperti Bayern tetapi Bundesliga bukanlah satu cabaran buat Mane. Dia akan menjaringkan gol. Mereka menang 5-0 pada setiap minggu, hanya satu pasukan memenangi liga.
“Itu bukanlah cabarannya. Dia akan bermain dengan senang lenang di Bayern dan merosakkan dua tahun terbaiknya sebagai pemain bola sepak.
“Selepas dia bersara nanti, apabila dia kata ‘lihatlah trofi kabinet saya’, pingat Bundesliga akan berada di hujung sekali.’
Saunders menambah ‘saya tidak percaya dia akan meninggalkan Liverpool. Saya tidak percaya bagaimana ini boleh berlaku’.
“Dia sudah berusia 30 tahun dan sepanjang tempoh dia bersama Liverpool, dia tidak dapat dihentikan dalam enam bulan terakhir ini.”
AGENSI