Eto’o mengakui bersalah lakukan penipuan cukai

Barcelona: Bekas penyerang Cameroon, Samuel Eto’o dijatuhkan hukuman penjara 22 bulan oleh mahkamah Sepanyol selepas mengakui melakukan penipuan cukai sebanyak 3.8 juta euro (RM17.59 juta) ketika dia bermain untuk Barcelona.

Eto’o bersetuju untuk membayar denda 1 juta euro (RM4.6 juta) dan 3.8 juta (RM17.59 juta) cukai yang terhutang daripada hak imej antara 2006 dan 2009.

Saya mengakui kebenarannya dan saya akan bayar apa yang perlu saya bayar namun biarlah ia diketahui bahawa saya ketika itu seperti seorang kanak-kanak dan saya sentiasa melakukan apa yang bekas ejen saya Jose Maria Mesalles yang saya anggap sebagai seorang bapa meminta saya lakukan pada masa itu,” kata Eto’o yang kini berusia 41 tahun di mahkamah di Barcelona, semalam.



Mesalles dikenakan hukuman penjara yang ditangguhkan selama satu tahun.

Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara empat tahun dan enam bulan masing-masing untuk Eto’o dan Mesalles.

Bagaimanapun hukuman itu akan digantung kerana sama ada Eto’o atau Mesalles tidak mempunyai rekod jenayah.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button